♠ ♣ ™||----z41----||™ ♣ ♠ JUNIOR
Posts : 68 Join date : 2009-02-05 Age : 38 Location : OiL----T0wn
| Subject: Gimp 2.6 Telah Dilancarkan Sat Feb 07, 2009 10:36 pm | |
|
GIMP, iaitu singkatan kepada GNU Image Manipulation Program adalah software untuk mengubahsuai imej dan gambar. Walaupun ianya tidak secanggih Adobe Photoshop, namun GIMP adalah percuma dan open source.
Baru-baru ini, pihak pembangun GIMP telah melancarkan versi yang terbaru, iaitu GIMP 2.6. Antara peningkatan yang telah dilakukan terhadap versi ini adalah dari segi user interface (UI). Antaranya, menu dari Toolbox kini telah dipindahkan ke window utama untuk memudahkan anda.
Dock dan toolbox kini boleh dibuka dari menu Windows. Ini merupakan satu fungsi yang sangat berguna kepada pengguna baru yang sering tertutup dock dan toolbox tersebut secara tidak sengaja.
Anda boleh senarai fungsi terbaru GIMP 2.6 di sini. Download GIMP 2.5 dari laman web rasmi mereka ataupun dari FileHippo | |
|